FAQ

Most frequent questions and answers

PENTING: PENGUMUMAN UPDATE AKAUN SIMPLE 2022

 

Bermula 1 Jan 2022 sehingga seterusnya file Akaun Simple yang anda miliki sekarang akan expired. Setiap kali buka file akan keluar dialog box seperti, “File Sudah Expired. Sila dapatkan versi terbaru 2022 di www.akaunsimple.my!”

 

Cikgu nasihatkan anda, JANGAN PANIK.

 

Mcm yang cikgu dah janjikan bayar sekali seumur hidup & update Akaun Simple pun percuma. Maka, cikgu mahu anda baca betul-betul 4 nota & arahan di bawah ini.

 

  1. KENAPA ADA EXPIRED?

Ada 2 sebab kenapa file Akaun Simple ni ada expired date. Sebab pertama, cikgu nak pastikan pengiraan perlepasan cukai dan kadar cukai up to date secara tahunan. Disebabkan 2 perkara ini selalu berubah setiap tahun, jadi bila masuk tahun baru cikgu akan kemaskini part cukai selaras dengan LHDN. Begitu juga untuk tahun-tahun selepas ini.

 

Sebab kedua, cikgu nak protect hasil kerja cikgu ni dari orang yang tidak bertanggungjawab. Ya, cikgu dah dapat kesan ada yang beli dan jual semula kepada kawan-kawan. Bagi percuma dan sebarkan pada orang lain. Walaupun kadang-kadang rasa give-up, rasa tak berbaloi usaha selama ni tetapi sbb Akaun Simple ni dah bantu ramai org settle e-filing, akaun dan ada yang dah berjaya lulus loan rumah, jadi cikgu teruskan juga usaha ini dengan letak had limit masa.

 

  1. VERSI LAMA BOLEH GUNA LAGI TAK?

Boleh! Anda boleh guna seperti biasa. Cumanya, tiap kali buka Akaun Simple akan keluar dialog box , “File Sudah Expired. Sila dapatkan versi terbaru 2022 di www.akaunsimple.my!” Nak teruskan guna klik je ‘OK’ dan guna seperti biasa.

 

  1. MCM MANA NAK DAPAT VERSI 2022?

Bemula 30 Dec 2021, cikgu akan blast SMS, EMEL & TELEGRAM kepada semua pembeli bersama-sama dengan link borang PERMOHONAN. Anda Cuma perlu isikan NAMA, EMEL & NO. TEL yang SAMA seperti di dalam pembelian tempoh hari.

 

Setelah terima permohonan, cikgu akan semak rekod pembelian anda. Sekiranya ada, cikgu akan hantar link terbaru Akaun Simple 2022 dalam masa 48jam selepas terima permohonan anda. Link borang permohonan Akaun Simple 2022 : https://ezy.la/req_2022

 

“Maafkan cikgu kalau menyusahkan anda, ini sahaja cara PEMUTIHAN yang terbaik”

 

 

  1. SELEPAS DAH DOWNLOAD VERSI 2022 NAK BUAT APA?

Anda kena update BAKI MULA & UNTUNG/RUGI mula ke dalam Akaun Simple 2022. Boleh rujuk video tutorial ini https://youtu.be/6w4-n8AgHKk & guna seperti biasa selepas itu.

Setelah bayaran dibuat sistem akan hantar email Pengesahan Pembayaran beserta link download secara terus (on the spot). Pastikan anda semak inbox dan spam. 

 

Jika masih tidak terima, sila berikan maklumat berikut untuk saya buat semakan. Nama, Emel & No. Tel, emelkan ke akaunsimple.my@gmail.com

Sila semak emel Pengesahan Pembayaran kerana di dalam emel tersebut terdapat password Akaun Simple Premium.

Sila download & rujuk panduan modify Akaun Simple disini

Sebarang modifikasi perlu dibuat dengan berhati-hati. Pihak Akaun Simple tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah keatas modifikasi yang anda lakukan. Jika berlaku error/ralat yang tidak dapat diselesaikan, anda perlulah download semula file Akaun Simple yang baru melalui link yang terdapat di dalam emel Pengesahan Pembayaran.

Pihak admin tidak boleh menjawab soalan yang berkaitan dengan modifikasi Akaun Simple. Dan juga tidak membuat sebarang kerja-kerja ‘repair’ atau ‘custom’ untuk anda.

Ada, anda boleh klik link ini https://ezy.la/akaunsimple_tutorials untuk panduan video tutorials menggunakan akaun simple. Atau anda bolej klik link tutorial yang terdapat di lembaran Utama.

Button tersebut tidak berfungsi sekiranya anda menggunakan perisian selain dari Microsoft Excel. Sebagai contoh WPS, Google Sheet & Excel mobile app.

 

Sila guna Microsoft Excel 2010 or above for Windows atau Microsoft Excel 2011 or above for Mac.

 

 

Jika ‘pop up’ error seperti di atas, anda perlu menukar format tarikh PC/Laptop kepada DD/MM/YYYY. Kerana Akaun Simple telah di program kan mengikut format tersebut sebagai contoh, 09/12/2021. Jadi, jika pc date format anda bukan DD/MM/YYYY pasti akan pop-up error.

 

 

Bagi menyelesaikan masalah, sila follow step ini: Control panel > Clock Language, Region > Change Date, Time, Number Format > Short Date tukar ke DD/MM/YYYY. Atau lihat video panduan ini https://youtu.be/–FyVapvncs

Stok disebut sebagai “nilai barang yang tersedia untuk perniagaan yang siap untuk dijual”. Untuk tujuan perakaunan, stok terdiri daripada dua jenis: Stok Awal & Stok Akhir.

Stok awal adalah nilai barang yang tersedia untuk dijual pada awal tempoh perakaunan. Manakala, stok akhir adalah nilai barang yang tidak terjual pada akhir tempoh perakaunan.

 

Nilai barang adalah merujuk kepada nilai kos untuk barang tersebut.

Sebagaimana yang anda lihat, setiap file Akaun Simple anda cuma boleh memasukkan 1 (satu) nama perniagaan sahaja. Maksudnya, 1 file Akaun Simple yang anda beli hanya boleh guna untuk 1 SSM sahaja. 

 

Jika anda mahu guna untuk SSM yang lain, sila buat tempahan baru di www.akaunsimple.my 

Saya terangkan 2 kaedah dropship iaitu konvensional dan affiliate.

 

Konvensional: Pelanggan bayar kepada anda harga jual, selepas itu agen pula bayar harga agen kepada HQ. Maksudnya, agen sudah tolak siap-siap untung atau komisen agen. Untuk kes begini, anda perlu rekod seperti biasa iaitu rekod nilai jualan yang diterima dari pelanggan di lembaran Deposits dan rekod bayaran yang dibayar ke HQ di lembaran Payment > Bayaran kepada pembekal.

 

Affiliate: Untuk kaedah ini pula anda terus rekod nilai yang diterima dari HQ di lembaran Deposits > Jualan.

Akaun Simple hanya bole generate repot dan penyata secara tahunan sahaja.

Bayaran KWSP & SOCSO rekod di lembaran Payments > Gaji (Nilai epf, socso disekalikan dengan gaji)

Anda boleh download dahulu dan save di dalam pendrive atau mobile phone. Selepas PC dibaiki anda transfer file Akaun Simple tersebut ke dalam PC anda.

Guna 1 file Akaun Simple untuk 1 SSM sahaja. Walaupun 1 SSM tu ada byk bank account. Jadi, anda kena sekalikan semua transaksi dari bank berlainan tersebut ke dalam file Akaun Simple yang sama.

Boleh copy dan cipta file Akaun Simple untuk tahun-tahun seterusnya. Anda cuma perlu copy & paste untuk buat salinan banyak tahun.

 

Cuma perlu dingat! 1 file Akaun Simple untuk 1 SSM sahaja. Dan dilarang menyebar kepada orang lain. 

 

Sekiranya anda rasa Akaun Simple ini bermanfaat, eloklah anda syorkan kepada orang lain supaya membeli secara sah. Sebarkan link ini adalah lebih mulia www.akaunsimple.my

Untuk sort data mengikut urutan date bole guna fungsi Sort di tab Data. Atau ikuti video panduan di bawah.

 

Buat masa ini, kami akan kekalkan identiti Akaun Simple iaitu sebagai sistem akaun mudah. Kami tidak mahu serabutkan fikiran beginner entry level yang guna sistem ini. Jadi untuk masa ini transaksi petty cash, cash & bank disekalikan dalam data yang sama.

Ini requirement utk menggunakan akaun simple ya encik 

  1. Microsoft Excel 2010 or above for Windows
  2. Microsoft Excel 2011 or above for Mac

Wajib save format Macro Enable Workbook (.xlsm)

Tidak boleh guna dalam WPS, Mobile App. & Google Sheet

Ralat ini terjadi apabila terdapat row yang kosong (rujuk gambar). Ada 2 cara untuk selesaikan masalah ini. Pertama, anda perlu delete row kosong tersebut (rujuk cara delete row di dalam video tutorial). Kedua, anda perlu guna sebaiknya setiap row. Ruang No. Tarikh, Butiran dan Jumlah wajiblah diisi dengan data.